Monday

7 Years Later...

 haluu.

tak sangka yang saya masih boleh log in ke akaun blogger yini. haha.


so hows life, gais? mine has been...different. kot?

last saya menulis haritu, saya belum mula bekerja sebagai HO pun. tapi sekarang, sudah bertahun saya habiskan HO (alhamdulillah). dah pernah berpindah beberapa tempat. pernah jadi MO ED. pernah jadi MO Ortho. dah banyak jari dan kaki orang saya potong (eh).

baby saya yang saya mentioned haritu pun, dah besar panjang. dah pandai. mungkin dia lain sikit dari budak biasa, tapi saya sayang dia. dan saya tahu dia sayang saya. muahaha.

apa lagi ek.

sekarang dah tua. kadang macam malas nak tulis panjang. padahal dalam kepala otak ni kalau dihidang atas meja, meja dewan makan asrama sekolah sains muar pun tak cukup untuk tampung. tapi itu lah. dah tua. makin tua makin malas.


so...

jumpa lagi 7 tahun lah kot. kalau masih hidup. haha.

Friday

Post pertama selepas 2 tahun tak buka blog.

Post pertama selepas 2 tahun tak buka blog...untuk menunjukkan yang saya masih hidup, again.

Sesejak balik Malaysia 3 tahun lepas memang jaaaarang sangat ada masa nak menulis kat blog ni. Makin tua makin busy. Ceh. Padahal bukan busy buat apa sangat pun.

Post terakir saya pada tahun 2016, cakap saya dah nak kahwin. Alhamdulillah, 2 tahun 4 bulan kemudian saya dah kahwin dan Alhamdulillah dikurniakan seorang superhero yang tembam macam mak dia. Hihi.

In shaa Allah Selasa ni bakal menjadi hari saya berperang dengan semua orang untuk berebut tempat kerja. Ya, saya masih belum kerja sebab last time nak mintak kerja tetibaaaa semua orang nak mintak tempat yang saya nak tu. Takkan lah saya nak kena terbang pi kerja kat Sabah Sarawak kot? Berdua je dengan baby? Hu. Memang idok ler teman.

Jadinyer, siapa-siapa yang terbaca tulisan saya pada hari ini (rasanya macam audience 2 tahun lepas pun mesti dah lesap kakaka) please lah doakan saya dapat tempat kerja yang saya nak, seterusnya memastikan keluarga kecil kami ini tidak terpisah-pisah.

Kerana saya risau yang saya tidak kuat untuk itu.

Sekian.
Mungkin akan tulis post baru lagi 2 tahun wkwkwk bye.

Thursday

gembira - sedih - stress

1. happy sebab sekarang, dah ada title. lels. belum pun. tapi hampir ke arah itu. terima kasih kepada seluruh keluarga saya dan seluruh keluarga dia, serta kepada semua yang membantu menjayakan majlis.

2. sedih sebab, nantilah cerita.

3. stress sebab, saya tak suka kumpulan saya. tak suka semua orang yang menyebabkan saya dicampak campak seperti kulit pisang. katanya cina racist tapi melayu pun sebenarnya sama racist. pergi clump up buat satu group lepas tu buang orang-orang marhaen macam saya pergi kumpulan cina-cina pandai sampai saya rasa saya makin bodoh. takde istilah persaingan sihat kat sini sebab screw this nak bersaing apabenda kalau memang bodoh.

ah sudahlah. minggu depan exam dan sekarang masih perlu busy busy menunggu orang orang gila yang tak pandai menepati masa dan ubah rancangan ikut suka hati mak pak dia.

whew.